Aturcara Umrah Ramadhan


HARITEMPATAKTIVITI

ATURCARA PERJALANAN UMRAH RAMADHAN

1
KUALA LUMPUR - JEDDAH
Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas di mana passport dan boarding pass akan diserahkan kepada jemaah sebelum bertolak. Setibanya di Jeddah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai Andalusia dan dibawa ke Madinah dengan menaiki bas ke hotel yang ditetapkan.
2-3
MADINAH (ZIARAH DALAM/ ZIARAH LUAR)Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Madinah)
a) Ziarah Dalam
i. Ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat
ii. Raudhah, dan
iii. Perkuburan Baqi'

b) Ziarah Luar
i.  Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh
ii. Jabal Uhud 
iii.Bazar kurma / ladang kurma

Jemaah dinasihatkan mengutamakan bersolat di Masjid Nabawi sepertimana sabda Rasulullah s.a.w :
"Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram"

c) Ziarah Pilihan Penemuan Baru
i.  Masjid Tikar, Gua Uhud
ii. Kilang Al-Quran dan Lapangan Magnet
Jika ada masa jemaah boleh berunding dengan mutawwif untuk ziarah dengan kos tambahan.
4MADINAH - MAKKAHJemaah dinasihatkan membuat ziarah wida' di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas). Sebelum bertolak, jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram).

Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif.

Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa'i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.
5-10MAKKAH
(waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah) sekiranya mendapat maklumat
A)  Ziarah Luar
i.  Jabal Thur,
ii. Arafah, Jabal Rahmah,
iii.Muzdalifah,
iv.Mina ( tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta )
v. Jemaah akan dibawa ke Ja'ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.
vi.Jabal Nur.

B) Umrah Tanaim
(Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah )
Jemaah akan dibawa ke Tanaim ( Masjid Saidatina Aishah ) untuk bermiqat ( niat mengerjakan umrah ) dan seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah.

C) Waktu-waktu Lapang dan Umrah
Selain dari mengikuti ziarah pilihan, jemaah bebas mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

"Pada Ka'abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat ka'abah"

D) Ziarah Pilihan Jemaah
( Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah )

a. Ziarah Hudaibiyah
i. Ziarah tempat-tempat bersejarah di Hudaibiyah (Syumaisi), Perigi Saidina Othman dan Masjid Lama.
ii. Melawat ladang unta dan membeli susu unta.
iii. Tertakluk jika pihak syarikat mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi, jemaah akan dibawa melawat ke muzium 2 Masjid ( Masjid Nabawi & Masjidil Haram ) dan Kiswah ( kilang kelambu ka'abah ),
iv.Jemaah akan di bawa bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah.

(Lawatan ini tidak termasuk di dalam harga pakej, sekiranya ingin pergi jemaah boleh berunding dengan mutawwif dengan perbelanjaan tambahan SR30 seorang ).

b. Ziarah Gua Hera'
Sekiranya ada permintaan, jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat Gua Hera' iaitu tempat Rasulullah s.a.w. menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas Isha'.
( perbelanjaan tambahan SR10 seorang. Jemaah dinasihatkan membawa kasut dan pakaian yang sesuai serta mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki Gua Hera' yang biasanya pada waktu malam - selepas Isha' ).
11-12
MAKKAH - JEDDAH - KUALA LUMPURJemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan ke KLIA. Jemaah dijangka tiba mengikut jadual yang ditetapkan.

*Segala Maklumat Adalah Tertakluk Kepada Perubahan.


SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULAH.
NOTA PENTING
  1. Ceramah Agama akan ditentukan masa oleh mutawif, jemaah dinasihatkan selalu membaca nota di papan kenyataan. Antara aktiviti agama seperti berikut : 
    a)Ceramah agama kenapa kita sampai ke Kota Suci ini Makkah Madinah 
    b)Kelebihan Kota Suci Makkah/Madinah 
    c)Majlis Tahlil Arwah 
    d)Taklimat tawaf wida
  2. Bagi jemaah umrah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masalah mereka kepada guru agama / pembimbing untuk kelancaran umrah.
  3. Sebelum meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama ada mereka wajib membayar dam atau tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah.
  4. Ceramah agama diadakan sama ada selepas Asar atau selepas Isya' di dewan makan hotel di Madinah atau Mekah secara berjadual.
  5. Sekiranya ada jemaah yang berhasrat untuk bersedekah atau mengadakan kenduri (aqiqah/tahlil) semasa di Tanah Suci, harap dapat maklumkan hasrat tuan/puan kepada petugas Andalusia semasa di Makkah/Madinah nanti.
WAKTU MAKAN
  1. Bersahur sebelum solat subuh.
  2. Berbuka selepas maghrib

No comments: