Aturcara Umrah Istanbul
HARI | TEMPAT | AKTIVITI |
---|---|---|
1 |
KUALA LUMPUR - ISTANBUL
|
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Istanbul. Tiba di Istanbul Atarturk Airport, seterusnya dibawa ke hotel dan makan malam.
|
2 |
JALAN-JALAN ISTANBUL
|
Istanbul sememangnya terkenal dengan sejarah dan kebudayaan. Anda akan dibawa melawat ke Roman Hippodrome, Masjid Biru, Topkapi Palace dan Camlica Hill untuk melihat panaroma di Istanbul.
|
3 |
ISTANBUL
|
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa menaiki Bosphorus Cruise. Kemudian akan ke Spice Market yang turut dikenali sebagai Egyptian Bazaar. Seterusnya masa membeli belah di Grand Bazaar. Kembali ke Hotel dan makan malam.
|
4 | ISTANBUL/ JEDDAH/ MADINAH |
Selepas sarapan pagi, jemaah bebas melakukan aktiviti masing-masing sementara menunggu masa untuk ke Jeddah. Setibanya di Jeddah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pengawai Andalusia dan dibawa terus ke Madinah menaiki bas.
|
5-6 |
MADINAH (ZIARAH DALAM/
LUAR) | (Waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Madinah) Selepas sarapan, jam 6.30 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk ziarah :-
a) Ziarah Dalam
i) Ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat ii) Raudhah iii) Perkuburan Baqi
b) Ziarah Luar
i) Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh ii) Jabal Uhud iii) Bazar kurma / ladang kurma
Jemaah dinasihatkan mengutamakan bersolat di Masjid Nabawi, seperti mana sabda Rasulullah s.a.w :
"Pahala sembahyang di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripda di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram"
C) Ziarah Pilihan Penemuan Baru
i) Masjid Tikar, Gua Uhud ii) Kilang Al-Quran dan Lapangan Magnut
Sekiranya ada kelapangan, jemaah boleh berunding dengan mutawif untuk ziarah dengan kos tambahan.
|
7 | MADINAH/ MAKKAH |
Jemaah dinasihatkan membuat ziarah wida di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas) . Sebelum bertolak jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di Masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif.
Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, Sae'i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk untuk beribadah didalam Masjidil Haram.
|
8 - 12
|
MAKKAH
| (waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah)
Selepas sarapan, jam 6.30 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi untuk ziarah :
A) Ziarah Dalam (tertakluk kepada waktu dan keadaan di Masjidil Haram)
i) melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubis ii) tapak rumah Abu Bakar iii) tapak rumah Saidina Omar iv) tapak rumah Siti Khadijah (isteri Nabi) v) tapak kelahiran Nabi Muhammad vi) tapak rumah Abu Lahab vii) masjid jin ( tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan Jin) viii) masjid Syarajah (pokok yang datang bertemu Nabi) ix) perkuburan Ma?ala (tempat Siti Khadijah dikebumikan) x) kawasan pasar zink dan masjid kucing xi) Bukit Abi Qabis - tempat Hajar Aswad disimpan sebelum diletak di Baitullah.
B) Ziarah Luar
i) Jabal Thur, Arafah Ii) Jabal Rahmah Iii) Jabal Nur iv) Muzdhalifah v) Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah , Ula,Wusta) vi) Jemaah akan dibawa ke Ja?ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadat umrah. |
13 - 14
|
Selepas bersarapan, jemaah boleh melakukan aktiviti bebas.
| |
15 |
MAKKAH
|
Daftar keluar hotel . Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida? sebelum meninggalkan Makkah.
Jemaah kemudiannya akan dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan pulang dengan pesawat
Gulf Air dan kemudian transit di Bahrain. Seterusnya dari Bahrain terus menuju ke KLIA.
|
16 |
Tiba di KLIA.
| |
*Segala Maklumat Adalah Tertakluk Kepada Perubahan. |
NOTA PENTING
- 1. Ceramah Agama akan ditentukan masa oleh mutawwif, jemaah dinasihatkan selalu membaca nota yang dipaparkan kenyataan. Antara aktiviti agama seperti berikut :
- Ceramah agama kenapa kita sampai ke kota Saie? Makkah / Madinah
- Kelebihan kota Saie Makkah/ Madinah
- Majlis Tahlil Arwah
- Taklimat tawaf Wida'
- Bagi jemaah umrah wanita sebelum berniat menunaikan umrah, sila kemukakan masalah mereka kepada guru agama / pembimbing untuk kelancaran umrah.
- Sebelum meninggalkan Makkah, sila periksa dahulu sama ada mereka wajib membayar dam atau tidak diatas kesilapan ketika menunaikan umrah.
- Ceramah agama diadakan sama ada selepas Asar atau selepas Isya' didewan makan hotel di Madinah atau Mekah secara berjadual.
- Sekiranya ada jemaah yang berhasrat untuk bersedekah atau mengadakan kenduri (aqiqah/tahlil) semasa di Tanah Suci, harap dapat maklumkan hasrat tuan/puan kepada petugas Andalusia semasa di Makkah /Madinah nanti.
WAKTU MAKAN
- Sarapan pagi selepas subuh
- Makan tengahari selepas Zohor
- Makan petang selepas Asar ( di Makkah Sahaja)
- Makan malam selepas Isya'
- Minum panas/sejuk/roti 24 jam (di Makkah sahaja)
No comments:
Post a Comment