Aturcara Umrah Cairo
HARI | TEMPAT | AKTIVITI |
---|---|---|
1 |
KUL -CAIRO
|
Selepas selesai urusan imigresen, jemaah akan dibawa terus ke Egyptian Museum.
Makan tengahari di restoran tempatan. Jemaah akan dibawa melawat ke Giza Piramid, Sphinx, Galeri Papyrus, kedai minyak wangi dan kedai kain. Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di hotel.
|
2 |
CAIRO
|
Selepas sarapan pagi, jemaah dibawa melawat ke Salah El-Dein Citadel, Alabaster Masjid Mohd Ali, Istana Al-Gawhara, Muzium Military dan Bazaar.
Makan tengahari di restoran tempatan. Jemaah melawat ke Masjid Al Azhar dan Masjid Al Hussein. Kemudian dibawa ke bazaar membeli belah iaitu Khan El Khalili Bazaar. Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di hotel.
|
3 |
CAIRO
|
Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa ke Iskandariah (Alexandria) dengan bas berhawa dingin. Setibanya di sana, jemaah melawat Istana Raja Farouk, Taman Montazah ( Montazah Garden), Masjid Mursi Abu Abbas, Maqam Nabi Daniel, Maqam Luqman El-Hakeem dan dalam perjalanan ke Cairo, jemaah akan melintasi kawasan pelabuhan Qait Bays Fort. Makan tengahari di restoran tempatan dan pulang ke Cairo. Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel Madinah.
|
4 |
CAIRO / JEDDAH /MADINAH
|
Aktiviti bebas
|
5 | MADINAH |
Ziarah Dalam : Ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat, Raudhah, Perkuburan Baqi
Ziarah Luar : Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Baazar Kurma / Ladang Kurma
Ziarah Pilihan Penemuan Baru : Masjid Tikar, Gua Uhud, Kilang Al-Quran dan Lapangan Magnut
|
6 |
MADINAH / MAKKAH
|
Jemaah bertolak ke Makkah. Jemaah dinasihatkan membuat ziarah wida' di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah ( menaiki bas). Sebelum bertolak, jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah. Sae'i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.
|
7 | MAKKAH |
Ziarah Dalam : Melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubis, Tapak rumah Abu Bakar, Tapak rumah Saidina Omar, Tapak rumah Siti Khadijah ( isteri Nabi ), Tapak rumah Abu Lahab, Rumah kelahiran Nabi Muhammad, Masjid Jin (tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan Jin ), Masjid Syajarah (pokok yang dating bertemu Nabi), Perkuburan Ma?ala (tempat Siti Khadijah dikebumikan), Kawasan pasar zink dan masjid Kuching, Bukit abi Qabis-tempat Hajar Aswad disimpan sebelum diletak di Baitullah.
|
8 | MAKKAH |
Ziarah Luar : Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Musdalifah, Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta)
Jemaah akan dibawa ke Jaaranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.
Umrah Tanaim : Jemaah akan dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat (niat mengerjakan umrah) dann seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah.
|
9 | MAKKAH |
Ziarah Hudaibiyah : Ziarah tempat-tempat bersejarah di Hudaibiyah (Syumaisi), Melawat Ladang Unta, Melawat ke muzium 2 Masjid ( Masjid Nabawi & Masjidil Haram) dan Kiswah (Kilang Kelambu Kaabah) (tertakluk kepada pihak syarikat mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi), Jemaah akan dibawa bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah.
Ziarah Gua Hera' : Sekiranya ada permintaan, jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat Gua Hera' (tempat Rasulullah s.a.w menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas Isya')
|
10 -14 |
Aktiviti bebas
| |
15 |
MAKKAH /JEDDAH
|
Jemaah menyempurnakan tawaf wida' sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan pulang dengan menaiki pesawat Egypt Air
Berlepas menuju ke Cairo
|
16 |
CAIRO - KUL
|
Berlepas menuju ke KLIA
Dijangka tiba di KLIA
|
ATURCARA TERTAKLUK KEPADA PINDAAN
NOTA PENTING
- Bagi jemaah umrah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masalah mereka kepada guru agama /pembimbing untuk kelancaran umrah.
- Sebelum meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama ada mereka wajib membayar dam atau tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah.
WAKTU MAKAN
- Sarapan pagi selepas subuh
- Makan tengahari selepas Zohor
- Makan petang selepas Asar ( di Makkah Sahaja)
- Makan malam selepas Isya'
- Minum panas/sejuk/roti 24 jam (di Makkah sahaja)
No comments:
Post a Comment