HARI | TEMPAT | AKTIVITI |
---|---|---|
ATURCARA UMRAH ZIARAH JORDAN / SYRIA 15 HARI 13 MALAM | ||
1 | KLIA |
* Jemaah berkumpul di Aras 5. Jemaah berlepas ke ke Bangkok untuk transit
|
2 |
Amman / Ashabul Kahfi/
Laut Mati /
Lembah Jordan /
|
Jemaah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia. Jemaah akan disambut oleh pemandu pelancong kami. Selepas sarapan pagi jemaah dibawa menziarahi tempat-tempat menarik seperti :-
* Gua Ashabul Kahfi ( dipinggir kota Amman ) * Laut Mati * Makam Nabi Shuib r.a ( di Lembah Jordan )
|
3 |
Damsyik
|
Perjalanan ke Damsyik melalui sempadan Syria/Jordan. Tiba di Damsyik terus daftar masuk hotel, makan malam dan rehat.
|
4 |
Damsyik / Zabadani / Qosiyun /
Bab-Assaghir / Damsyik
|
Selepas sarapan pagi jemaah dibawa menziarahi :-
- Makam Habil ( anak Nabi Adam AS yang telah dibunuh oleh saudaranya Qabil yang merupakan pembunuhan pertama di dunia )-terletak di Pergunungan Qalamun 45km utara Damsyik
- Gunung Qosiyun (menikmati keindahan Bandar Damsyik dari bahagian tertinggi kota ini
Lawatan sehari di Kawasan Bandar baru Damsyik termasuk :-
- Muzium Kebangsaan, Takiyeh Sulaimaniah ( komplek yang dibina oleh Sultan Sulaiman ? The Magnificient? kerajaan
Usmaniah yang terdiri dari Masjid Sultan Abdul Hamid, Muzium Perang, pusat kraftangan dan seni Syria), Masjid
Umawi ( terletak di dalamnya makam Nabi Yahya AS, menara Isa yang dipercayai menjadi tempat
turunnya Nabi Isa di akhir zaman, mimbar 4 mazhab,baitulmal, mashad Imam Husin ra dll), Makam Salahuddin Al-Ayobi (pejuang yang telah membebaskan Baitul Maqdis dari tentera Salib, Pintu masuk Temple of Jupiter, Bazaar Al-Hamidiah, Madhat Pasha dan Souq At-Thawil (masa bebas membeli belah )
Makan malam di hotel. Acara bebas.
|
Amman / Jeddah
|
Jemaah berangkat ke Jeddah menaiki pesawat Royal Jordanian. Jemaah tiba di Jeddah
| |
5 |
Madinah
|
Setibanya di Madinah, jemaah terus daftar masuk ke hotel.
Ziarah Dalam
* Ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat * Raudhah * Perkuburan Baqi
Ziarah Luar
* Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh * Jabal Uhud * Baazar Kurma / Ladang Kurma.
Jemaah dinasihatkan mengutamakan bersolat di Masjid Nabawi sepertimana sabda Rasulullah s.a.w :
"Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram"
Ziarah Pilihan Penemuan Baru
* Masjid Tikar, Gua Uhud * Kilang Al-Quran dan Lapangan Magnet
Nota : Kos tambahan akan dikenakan untuk ziarah tambahan
|
6 |
Madinah / Makkah
| Daftar keluar hotel. Jemaah terus bertolak ke Makkah. Jemaah dinasihatkan membuat ziarah wida' di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah ( menaiki bas). Sebelum bertolak, jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah. Sa'ei dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram. |
7 | Makkah |
Ziarah Dalam
- Melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubis
- Tapak rumah Abu Bakar
- Tapak rumah Saidina Omar
- Tapak rumah Siti Khadijah ( isteri Nabi )
- Tapak rumah Abu Lahab
- Rumah kelahiran Nabi Muhammad
- Masjid Jin (tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan Jin )
- Masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi)
- Perkuburan Ma'ala (tempat Siti Khadijah dikebumikan)
- Kawasan pasar zink dan masjid Kuching
- Bukit Abi Qabis - tempat Hajar Aswad disimpan sebelum diletak di Baitullah
Ziarah Luar
- Jabal Thur, Arafah - Jabal Rahmah
- Jabal Nur - Musdalifah
- Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta)
Jemaah akan dibawa ke Jaaranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. |
8 | Makkah |
Umrah Tanaim
Jemaah akan dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat (niat mengerjakan umrah) dann kembali ke Masjidil Haram untuk sempurnakan ibadat umrah.
Waktu-waktu Lapang dan Umrah
Selain dari mengikuti ziarah pilihan, jemaah bebas mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
" pada Ka'abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaiti 60 unyuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat Ka'abah"
|
9 | Makkah |
Ziarah Pilihan Jemaah(waktu dan hari ziarah akan ditentukan oleh mutawwif di Makkah)
Ziarah Hudaibiyah
- Ziarah tempat-tempat bersejarah di Hudaibiyah (Syumaisi)
- Melawat Ladang Unta
- Melawat ke muzium 2 Masjid ( Masjid Nabawi & Masjidil Haram) dan Kiswah (Kilang Kelambu Ka'abah)
(tertakluk kepada pihak syarikat mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi)
- Jemaah akan dibawa bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah.
(lawatan ini tidak termasuk di dalam harga pakej, sekiranya ingin pergi jemaah boleh berunding dengan ketua rombongan sebelum hari yang keenam dengan perbelanjaan tambahan SR30 seorang)
Ziarah Gua Hera'
Sekiranya ada permintaan, jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat Gua Hera' iaitu tempat Rasulullah s.a.w menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas Isya'
(Nota: perbelanjaan tambahan SR10 seorang. Jemaah dinasihatkan menbawa kasut dan pakaian yang sesuai serta mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki)
|
10 | Makkah |
Aktiviti bebas
|
14 | Makkah |
Daftar keluar hotel.. Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida' sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah dibawa ke lapangan terbang Jeddah untuk penerbangan pulang dengan menaiki pesawat Royal Jordanian. Jemaah berlepas ke Amman.
|
15 |
Amman/
Bangkok/
KLIA
|
* Transit di Bangkok sebelum tiba di KLIA.
* Dijangka tiba di Bangkok dan teruskan perjalanan ke KLIA
* Dijangka tiba di KLIA
|
*Segala Maklumat Adalah Tertakluk Kepada Perubahan. |
No comments:
Post a Comment